top of page
 
PEKAN PARIT RAJA
 
 
Pekan Parit Raja terkenal dengan hasil kampung seperti rempeyek, pisang salai, dan beraneka kerepek. Nama Parit Raja diberikan bersempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman pada masa dahulu. Mata pencarian penduduk di sini berasaskan kepada kegiatan pertanian, perniagaan dan nelayan. Di Pekan Parit Raja ini juga terdapat pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan masakan tempatan, barat dan mamak. Pelbagai jenis buah-buahan juga boleh di perolehi di sini.
kedai kerepek parit raja berdekatan dengan Homestay Parit Raja
mee bandung batu pahat yang paling sedap berdekatan dengan Homestay Parit Raja
BATU PAHAT

 

Di Batu Pahat sangat terkenal dengan nasi baryani gam, mee bandung, asam pedas, cendol dan rojak. Jika ingin mendapatkan nasi baryani, anda perlu singgah ke "Benteng". Di mana ianya merupakan suatu tempat menjamu selera yang terkenal di Batu Pahat terletak bersebelahan Sungai Batu Pahat dan berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).Makanan yang popular di sini adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang sangat terkenal oleh penduduk setempat dan penduduk Johor.
Mee Bandung yang terkenal di sini terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat yang lebih di kenali sebagai "Mee Bandung Odean". Di Batu Pahat juga terkenal dengan masakan asam pedas dan gerai yang terkenal adalah terletak bersebelahan Pejabat Pos Batu Pahat di Jalan Rahmat. Minuman cendol yang terkenal di sini terletak di Jalan Omar yang terkenal dengan "Cendol Gelas" dan hidangan rojak yang sangat lazat.  

dataran batu pahat  ada air pancut.Merupakan tempat yang bersejarah
DATARAN BATU PAHAT

 

Kawasan ini dahulu lebih dikenali dengan Fountain Batu Pahat kerana terdapat sebuah air pancut pada ketika itu. Ianya telah dibangunkan dan di buka kepada orang ramai pada 17 Mei 1961. Sewaktu pengisytiharan Batu Pahat sebagai Perbandaran Batu Pahat, Fountain Batu Pahat telah diberi nafas baru dengan diberi nama sebagai Dataran Penggaram. Ini kerana ianya telah melalui proses pengubahsuaian dan dinaik taraf sebagai lapangan hiburan dan mempunyai pemandangan panorama indah serta telah dibina sebuah tugu sebagai mercu tanda Bandar Batu Pahat. Dataran ini juga dijadikan sebagai tempat pelaksanaan aktiviti sosial masyarakat bersama pemimpin setempat.

Tempat menarik sekitar Homestay Parit Raja

 

 

 

bottom of page